Sunday, March 4, 2012

Pengalaman Mencetus Tanggungjawab Kepada Generasi Akan Datang.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06 : 54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Apabila aku bergaul dengan adik-adik junior ku, terasa sesuatu yang perlu dikongsikan agar mereka tidak seperti aku. Lebih-lebih lagi kami masih di bangku belajar dalam universiti luar negara.

Sering aku bertanya khabar fizikal dan emosi. Berbual-bual mengisahkan kehidupan yang dijalankan dalam waktu aku tidak bersua dengannya. Mengetahui apakah perkembangan dan masalah yang dilaluinya. Membantu menyelesaikan sebarang persoalaan, konflik dan sebagainya. Memberi semangat, tips dan triks dalam mengurus kehidupan agar lebih licin dan terbaik. Membasahi hatinya dengan nasihat dan peringatan.

Terasa aku bertanggung jawab terhadapnya meskipun tidak disuruh dan dipaksa, kerana aku ingin membimbingnya, bukan setakat dia berstatus 'adik' kepadaku, malah merupakan saudaraku sesama aqidah.

Pengalaman mengajarku segala macam rasa pahit, masin dan manis. Aku termasuk dalam kalangan mereka yang penuh dengan pahit dan masin, malah ada juga manisnya disusuli dengan cara tersendiri, malangnya bagi orang lain yang memandang ia tetap adalah pahit.

Apabila kesilapan-kesilapan yang secara jujurnya telah banyak berlaku pada hidupku yang lepas, maka, aku tidak mahu ia diulangi oleh generasi-generasi selepasku.

Inilah yang merupakan tanggung jawab yang terpancar di benak hatiku, bukan dipaksa, malah aku memikirkannya dengan waras dan mendalam. Tanggung jawab ini perlu disemaikan dengan keikhlasan dan penuh dedikasi, demi membentuk dan menyokong generasi selapas kita tidak mengulangi kesilapan dan belajar untuk mempertingkatkan daripada sejarah mereka yang sudah berpengelaman menghadapinya.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment