Wednesday, March 7, 2012

Dosa kerana tidak bersungguh menjinakkan nafsu syahwat.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Ketika melakukan dosa,
     rasa sungguh indah,
Ketika melakukan dosa,
     terasa memang salah tapi nak teruskan juga,
Ketika melakukan dosa,
     konon taubat selepas itu dan pasti diterima,
Ketika melakukan dosa,
     tidak terfikir untuk bersungguh-sungguh menghindarinya agar tak diulangi pada masa akan datang.

Selepas melakukan dosa,
     cepat-cepat menyesali dan taubat kepadaNya,
Selepas melakukan dosa,
     terasa pasti aku akan mengalami ketidaktenangan,
Selepas melakukan dosa,
     rasa banyak yang tak kena adakah taubat ku diterima?
Selepas melakukan dosa,
     cuba berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah aku ni main-main?
Itu nafsumu dan syahwatmu!
Adakah benar-benar engkau menundukkannya?
Atau engkau tertunduk kepadanya?

Usah bermain-main!
Jinakkanlah nafsu dan syahwatmu itu!
Engkau tak mampu malah tidak boleh menghilangkannya,
tetapi berkuasa mengawal dan menundukinya,
itu adalah tanda engkau berjihad melawannya.


No comments:

Post a Comment