Wednesday, September 12, 2012

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Setahu daku, ibuku dahulu adalah penggemar membaca novel-novel melayu dan membuat koleksi, serta berkongsi dengan mak usu-ku.

Aku masih teringat, sepuluh tahun yang lalu, aku pernah membaca sebuah buku novel milik ibuku, yang masih  terpahat jalan ceritanya dalam kotak mindaku. Tajuk buku, aku sudah lupa. Namun isinya masih segar dalam ingatan; kisah dua orang adik beradik, seorang kakak dan adik lelakinya mengharungi kepayahan hidup didera oleh ibu tirinya. Sepanjang aku membaca kisah itu, tiada yang menyenangkan hatiku, malah merasakan perit dan penderitaan, malah benci dengan sikap ibu tiri itu. Pengakhiran ceritanya, tidaklah aku berasa puas malah aku kegersangan iktibar daripada kisah itu.

Sekarang, aku merenung melihat ibuku, yang membuat kerja harian seorang suri rumah tangga sepenuh masa; terfikir daku, sudah berapa lama aku tidak melihat ibuku membaca novel. Lantas aku menyarankan sebuah novel yang yang pertama kali aku jatuh cinta setelah direkomenkan oleh seorang sahabat ketika kami di Moscow, Persekutuan Russia.

Ternyata ibuku tidak menolak lalu membacanya, seolah-olah menjumpai berlian yang sudah lama hilang lalu dibelek-beleknya dengan rakus melepaskan kerinduan yang agak lama.

Matlamatku mengajurkan sebuah novel itu adalah kerana beberapa tujuan. Pertama, meghidupkan kembali sifat yang baik iaitu mengisi masa dengan amalan yang baik yang sudah diterapkan sejak dari dulu lagi. Kedua, novel yang disarankan itu adalah novel yang bersaratkan iktibar dan penuh dengan ciri-ciri tarbiyyah dan dakwah. Ketiga, mengharapkan mesej dalam novel itu sampai ke hati pembacanya agar memantapkan iman, islam dan tsaqafah. Keempat, agar semua amalan ini akhirnya diterima oleh Allah subhanahu wa taa'la dan mendapat rahmah, berkat dan redhaNya.

Nota : 
Novel Bumi Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy

Wallahu a'lam