Friday, March 30, 2012

Global march to Jurusalem 30.03.2012

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Republic of Meldives

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


[ more info click here ]


Tuesday, March 27, 2012

Bahagiakah apabila kita bersama?

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Apakah yang menyeronokkan apabila kita bersama?
Kita boleh tertawa riang asyik sangat dengan bergurau senda?
Melakukan aktiviti yang mengerah keringat akhirnya menghasilkan kepuasan?
Berbual-bual kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan?

Ya, itulah pada asasnya, ia menggembirakanku pabila bersama kalian,
Terfikir jua adakah semua itu hanya "gembira" tetapi menambahkan lagi kekosongan?
"Kosong" jika tidak bersama-sama kalian tatkala bersendirian,
Hati tidak tertahan peritnya, kebosanan, "tidak tahu nak buat apa",
Fikiran runsing mula merancang yang macam-maam dan bukan-bukan untuk mengisi kekosongan,

Cubalah renungi dan bermuhasabah dahulu,
Adakah itu membahagiakan hati, akal dan jiwamu?
Apakah gembira bersifat sementara yang dicari atau ketenangan dan kebahagiaan yang hendak diabadikan?
Ya, mereka itu saudara, sahabat, kawan dan teman rapat,
Namun, benar-benarkah terjawab semua persoalan kehidupan semasa kita bersama?

Usahlah didampingi kerana keduniaan semata-mata,
Kita yakini dan imani dunia ada, akhirat juga ada,
Kita, insan punyai hati, akal dan juga jiwa,
Janganlah terlalu hendak memfokuskan atau memberatkan salah satunya,
Berkawan sehingga ke akhir hayat pun tidak salah sebenarnya,
Janganlah bersahabat di dunia, tetapi saling menuding jari di akhirat, ke naraka pula akhirnya,

Isilah semuanya dengan sesuatu yang bermanfaat dan berguna,
Gunakanlah dengan cara terbaik mana pun dan mestilah tidak melanggar syariatNya,
Insha Allah, bahagia bersama-sama dan berkekalan, tidak jemu dan surut itu sudah pastinya.

Ameen.

от души : Raimi Radin.

Kira-kira nak kahwin.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Jika rezeki hanya disempitkan kepada RM maka sempitlah dunia. Jika rezki diluaskan kepada kesihatan, kebahagian, dan kehidupan maka rasailah betapa luasnya dunia. Moga kita menjadi hambaNYA yang bahagia, insha Allah. Ameen.




Елена Владимировна Тимохина (Elena Vladimirovna Timohina)

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Khas untuk seorang wanita Russia, Elena Vladimirovna Timohina, adalah seorang dosen / Associate Professor dalam bidang "obstetric and gynaecology", merupakan guru, pendidik dan mentor yang sangat istimewa; iaini selama aku belajar 6 tahun di sini, dialah seorang cikgu yang aku terasa ingin diabadikan dalam puisi ciptaanku.

Masa yang singkat telah pertemukan kita,
"Kalaulah kita berjumpa tiga tahun yang lepas",
Meskipun taqdir telah menetapkan urusan kita,
Namun ilmu yang engkau curah akan-ku genggam erat daripada terlepas,

Oh! Cekalnya dirimu,
Tingginya kesabaranmu,
Engkau permudahkan urusan anak didikmu,
Engkau menguji tahap kefahamanku,
Tidak jemu dalam menegur dan memperbetulkan kesalahanku,

Selamat tinggal wahai guruku,
Kita berpisah mungkin tidak akan ketemu,
Barangkali selama-lamanya seumur hidupku,
Tetapi yang kekal abadi di hati dan fikiranku adalah ilmu-mu.

Terima kasih atas segala-galanya.

от души : Raimi Radin

Saturday, March 24, 2012

Sheikh Khaled Hassan Hendawi : Punca Kebangkitan Rakyat Syria

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dewasa ini, selepas kebangkitan rakyat dalam menyedari hakikat mereka di tindas rejim pemerintahan yang bertakuk agak lama dan bakal berpanjangan jika dibiarkan tanpa mengambil peduli;

Lalu tumbuh bentuk revolusi dengan cara masing-masing di tempat masing-masing dalam menyedarkan masyarakat lalu mengundurkan pemerintah yang bersifat zalim, mengenetepikan ajaran islam dan mengatur urusan kehidupan orang dengan cara batil di negara masing-masing.

Inilah berlaku pada Tunisia dan Mesir; sehinggakan para orientalis dan analis memberikan terma khas kepada peristiwa bersejarah itu dengan nama "Arab Spring". Musim yang diterjemahkan dengan menularnya pengaruh kebangkitan itu khusus di kawasan timur tengah.

Maka tidak terlepas pengaruh dan tempiasan daripada itu kepada negara bumi Syam, iaitu Syria.

Pada peringkat permulaannya, memang kita tidak tahu menahu, mengapa rakyat tersebut tiba-tiba ingin juga bangkit? Oh! Barangkali seperti apa yang barat katakan : "Arab Spring~".

Kaum muslimin ini bukan orang yang setiasa bersangka-sangkaan yang buka-bukan; tambahan pula di Syria itu adalah saudara kita. Apakah hanya kita menerima secara total apa yang media massa nyatakan? Akan jadi tolol kita, bahkan menjadi seperti barat, Amerika tatkala negara itu menyerang negara lain sewenag-wenangnya dengan alasannya yang penuh muslihat, rakyatnya terima bulat-bulat kerana televisyen dan surat akhbar menjadi sinonim dan makan minum mereka meskipun punca berita dan maklumat dikawal oleh pihak atasan yang ingin memperbodohkan dan menutup kisah benar. Sekali-kali TIDAK! Kita bukan begitu.

Tunggu dan tunggu, ternyata Allah subhanahu wa taa'la mengirimkan hamba-hambaNya dalam membantu memahamkan hamba-hambaNya yang lain dalam mengetahui hakikat sebenar justeru mentarbiyah mendidik umat islam untuk berfikiran luas, matang, kritis, mengambil risiko dan lebih mendalam.

Justeru itu, ketahuilah dan saksikanlah apa yang ingin di sampaikan oleh Pembantu Khas Pengerusi Ulama' Sedunia (Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi) iaitu Syeikh Dr. Khaled Hasan Hendawi.



Jikalau anda mengenali John Green, seorang Youtuber yang mengajar dan menerangkan topik sejarah dengan cara tersendiri dan menarik di dalam channel Crash Course; nah! Beliau cuba menerangkan masalah yang timbul di Syria berdasarkan berita-berita yang tersiar dengan mengupas isu ini menurut perspektif sejarah. Sila tonton, barangkalai ada beberapa pandangannya yang mungkin kurang tepat namun, beliau cuba untuk mengambil perhatian daripada apa yang telah berlaku dan perhatian orang ramai umumnya.



Wallahu A'lam.

Ingin tahu tentang seks?

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Tuesday, March 20, 2012

Mendidik diri.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Memori silam selalu mendatangi fikiranku,
Ada yang jelas aku mengingatinya,
Ada juga yang samar-samar,

Bukanlah sejarah lama yang aku mengimbas kembali,
Tetapi aku bertanya untuk diri sendiri,
"Apakah selama 24 tahun ini menjadikan aku seperti ini?"

Lihat ke atas hingga ke bawah akan rupa dan fizikalku,
Memejam mata, mendalami hati, apa yang ada di benakku,
Berfikir panjang, merenung diri, apa yang ada di fikiranku,
"Cukupkah persediaan menjalani hidupku?"

Kecewa kepada yang lepas-lepas jadikanlah pengajaran,
Perbaiki diri, tingkatlan prestasi, mendalami potensi diri,
Tarbiyah diri itu sifatnya sangatlah berpanjangan,
Tabah, sabar, jihad mesti tanamkan pada diri!

Aku memohon pertolongan daripadaNya,

Oh, jangan lupa! Usahlah asyik hendak bersendiri,
Itu bukan caranya untuk meningkatkan kendiri!
Bergaullah wahai diri, mencari dan terus mencari,
Pasti ada saudaramu yang akan menghadiri,
Kebersamaan dalam ber-ukhuwah itu bakal menceriakan diri.

Insha Allah. Ameen.

от души : Raimi Radin

Memuhasabah talian persahabatan yang dibina.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Mengapa ya kita bersahabat?
Oh, ternyata kita "satu kepala",
Oh, ada "chemistry" antara kita,
Oh, tidak disangkakan ada persamaan pada diri kita,
Oh, "itu dan ini"; adakah itu permulaan atau tujuan persahabatan yang terbina?

Terfikir daku merenung jauh,
Mengapa tali persahabatan semakin luluh,
Apakah kelemahan di sebalik semua itu?
Pecah, retak, hancur, punah; apabila difikirkan "apa yang terlah terbina boleh jatuh runtuh",

Manusia datang dan pergi,
Dahulu banyak persamaan tetapi kini barangkali tidak lagi,
Dahulu kita begitu namun barangkali sekarang kita begini,

Segala pujian hanya bagiNya,

Kini daku pertemukan satu jawaban,
Atas dasar apa persahabatan kita bisa berkekalan,
Dalam menempuh onak kehidupan dunia dan akhirat bersamaan,
Itulah ukhuwah yang bermaksud persaudaraan,

"Saudara" itu kuat pertaliannya,
Bukan terikat kerana ada kepentingannya,
Tetapi berkasih-sayang ada alasannya,
Kita se-"aqidah" dan dari Adam itulah jawabannya,

Saudara itu tidak mementingkan diri sendiri,
Berlapang dada, saling mencintai dan akhlaknya sentiasa berprestasi,
Saling mengutamakan saudara lain daripada diri sendiri,
Begitulah indahnya ukhuwah persaudaraan yang selalu dicari,
Moga-moga berkekalan dan kita ketemu di syurga di akhir hayat nanti.

Ameen.
Uhibbukumu fillah :]

от души : Raimi Radin.

Sunday, March 18, 2012

Hidup dengan laptop.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Lihat kembali tarikh aku mendapatkan laptop baru, iaitu lapan Februari; setelah hampir lebih sebulan mentarbiyah diri akibat kerosakan pada laptop lamaku.

Apabila dikira-kira sehingga ke tarikh hari ini, lapan belas Mac; sudah sebulan dan sepuluh hari menjalani kehidupan menggunakan laptop yang baru.

Wajib untuk daku merefleksi diri, mendalami dan bermuhasabah, apakah benar aku menggunakan ia untuk kemanfaatan atau menzalimi diri aku?

Segala puji bagi Allah subhanahu wa taa'la, banyak juga aku menggunakan untuk tujuan kebaikan. Tetapi, hatiku sakit kerana nafsu dan godaan syaitan itu sering mencenderungkan aku melakukan perkara yang tidak berfaedah dan maksiat kepada Allah subhanahu wa taa'la. Aku mohon keampunan daripadaNya!

Ya, aku menulis di sini, menjadi satu amaran kepada diri sendiri dan memberi pengajaran kepada sesiapa yang menginginkannya.

Kecewa dengan diri sendiri kerana meletakkan hijab kepada potensi kebaikan setelah men "switch on" kan laptop. Sebelum itu, ada sahaja yang difikirkan untuk melakukan ini dan itu demi reda Allah subhanahu wa taa'la. Namun, menjadi kesalahan diri sendiri kerana merelakan kehendakan dan kecenderungan meng "access" ke laman-laman, sesawang-sesawang yang tidak bermanfaat, mendatangkan kehiburan sementara; paling kritikal membuatkan aku lupa akan pengawasan Allah subhanahu wa taa'la, lalu perbuatan itu mendatangkan dosa. Aku bermohon keampunan daripadaNya.

Beringatlah, meskipun ia ada dan banyak manfaatnya, namun sikap berhati-hati dan beringat kepada terjatuhnya ke lembah kemungkaran dan dosa, yang berpotensi datang daripada ia.

Wallahu a'lam.

Saturday, March 17, 2012

Indah berbahasa, hati tersentuh dirasa~

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Pertama kali berseloka untuk memperingati ke bulan gembira kami, terasa suka untuk membuaikan bahasa-bahasa yang indah-indah. :]


Sepanjang minggu kita lewati,
Bermacam2x perkara yang kita alami,
Namun, kita cuba untuk amati,
Apakah tingkat atau jatuhnya iman di hati?

Maka, marilah kita sama-sama untuk menyertai,
bersua kembali dan cuba mennghayati,
Moga2x harapan meningkatkan iman adalah suatu yang pasti,

Oleh itu, Yuk esok Jumaat malam kita ketemu di Usrati Jannati!
Jangan lupa pada jam 2100/ 9 malam utk mengingati,
Bertempat di bilik saya itu sudah pasti.

Insha Allah, 
Tilawah al-Quran & tadabbur-nya bakal mengubat hati,
Sharing, bincang dan mendalami,
Moga ukhuwah kita semakin dierati. 

Ameen. :)

Wednesday, March 14, 2012

Apabila ilmu dan buku menjadi sebahagian nyawaku.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Aku percaya bahawa kalian pernah dan ada menjadikan suatu benda itu merupakan sebahagian daripada diri, nyawa dan sebagainya dalam diri kalian. Aku tidak terkecuali untuk itu.

Buku-buku termasuk juga nota-nota penulisanku adalah nyawaku. Aku tidak pernah mendapatkan barang-barang yang aku cintai sejak kecilku. Namun aku suka jikalau aku mendapat hadiah. Tetapi, agak sukar untuk daku meminta agar aku diberikan itu dan ini. Tambahan lagi, peribadi dan personalitiku yang suka bersabar dan terdiam kaku memendam perasaan, tidak mungkin akan tercapai impianku meminta apa-apa, lebih-lebih daripada keluarga sendiri.

Segala puji bagi Allah subhanahu wa taa'la , meskipun aku bukanlah manusia yang terpandai, namun prestasi daku dalam menghadapi zaman-zaman persekolahan yang berorientasikan peperiksaan selama 11 tahun, mampu aku mendapatkan biasiswa tajaan kerajaan lalu menunaikan impianku menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minat di luar negara.

Sejak daku mendapat biasiswa, aku mampu menyara hidupku tanpa aku meminta-minta daripada kedua ibu bapaku. Pertama kali dapat menyara hidup dengan hanya bantuan elaun, aku sangat teruja dan bermulalah perhitunganku untuk mendapatkan sesuatu yang belum pernah aku dapat selama hidupku. Salah satunya adalah, buku.

Tidak kuduga bahawa harga-harga buku yang aku inginkan terlalu mahal harganya. Sehinggakan, aku sanggup bermusafir ke utara (di Malaysia) menaiki perkhidmatan awam, semata-mata ke kedai buku terkenal dalam negara. Kecintaanku kepada buku bukanlah kerana ingin menjadikan ia satu koleksi dan pameran di almari buku. Bahkan, isi buku itu sangat tidak ternilai jika dibandingkan dengan harganya, iaitu, ilmu.

Selain itu, aku gemar menulis nota-nota hasil pembelajaranku. Seringkali aku merujuknya dari masa ke semasa meskipun sudah bertahun lama usianya.

Hatiku runsing, namun cuba aku tabahi. Sesungguhnya aku kehilangan sebuah buku tulis sejak 07.03.2012. Tatkala ku tidur, mandi, makan dan waktu lapang, sering aku terbayang-bayangkan buku tulis itu. Manakan tidaknya, sebuah buku yang terisi nota-nota daripada subjek epidemiologi, transplantologi dan "sport's medicine" yang aku rekodkan dengan penuh sunguh-sungguh dan segala kefahamanku; moga-moga akan menjadi rujukanku sepanjang hayatku, dan bakal dikongsikan dengan orang lain.

Sangat perit dan pilu hati, apabila sebahagian nyawaku hilang. Seolah-olah payah dalam mengharungi hidup di kemudian hari. Inilah "passion" daku terhadap ilmu dan buku. "Oh Tuhan, inilah musibah yang Dikau timpakan kepadaku, daku redha, maka gantikanlah ia kepada yang lebih baik. Sungguh, Dikaulah tempatku kembali dan luasnya rahmat dan kurniaanMu", ameen ya Rabb al-a'lamin.

Wallahu a'lam.

Tuesday, March 13, 2012

Apa itu "high level presentation"?

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

"Saya inginkan kamu menyampaikan 'high level presentation' pada hari terakhir!", itulah yang diminta oleh seorang professor dan juga merangkap ketua jabatan parasitologi; menjadi satu permintaan yang wajib dilaksanakan kerana kecewa dengan pelajar-pelajar sebelum ini terlalu memandang enteng dalam membuat kajian serta penyampaian yang bersifat "the beginner".

"Saya masih tidak puas hati lagi, dalam kalangan kamu punyai tema yang sangat menarik tetapi terdapat kesilapan dan kurang memuaskan dalam menyampai. Saya menganggarkan penyampaian kamu semua masih di tahap rendah namun tinggi sedikit sahaja", berceloteh professor itu setelah masa seminggu diberi kepada pelajar-pelajar namun mengecewakannya.

Apakah "high level presentation itu"? Bagaimana "presentation" saya mampu sampai ke tahap itu?

Memang kita mendambakan itu, tetapi bukanlah bermaksud kita malas untuk mengkaji, membaca dan menulis. Bahkan kita telah berhempas pulas melaksanakan kerja secara berkumpulan, semua bergerak aktif dan bersungguh-sungguh, malah mengikhlaskan diri serta penuh komitmen.

Kecewa juga kita sebagai pelajar ini tidak mendapat pujian atas perlaksanaan yang diambil serius, tetapi akhirnya di luahkan keputusan yang meruntuhkan motivasi daripada mulut seorang pakar dalam bidang mengkaji parasit.

Mujurlah, Allah subhanahu wa taa'la itu maha melihat dan kurniaanNya maha luas. Kami tidak hiraukan sangat apa yang dicelotehkan meskipun terguris hati sedikit, tetapi kami belajar atas kesilapan.

Berbalik kepada persoalan yang asal, apakah dan bagaimana ingin mencapai ke tahap itu dalam menyampaikan suatu persembahan berbentuk ilmiah? Bagiku itu adalah satu pengalaman yang perlu di-didik setiap masa.

Teringat aku ketika melakukan praktikal di Malaysia, tutorku adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Pada hari pertama aku berjumpa dengannya untuk memperkenalkan diri, terus beliau menyuruhku membuat satu "case history" daripada seorang pesakit lalu wajib dipersembahkan kepada beliau nanti.

Pertama kali melakukan "case history" dengan cara professional di Malaysia, aku kaget dan bimbang kerana terlalu banyak yang lintang-pukang dalam merekod. Selepas itu, ternyata benar, terlalu banyak kesilapan yang ditegur dan diperbetulkan dengan cara yang berhikmah, bukan ditengking dan dimaki. Aku sungguh malu dan kecewa dengan "skill" ku pada masa yang sama, hatiku tersentuh dengan cara teguran itu malah memotivasikan daku untuk belajar dan membuat lebih baik lagi.

Setiap hari dalam tiga minggu, ada saja "case history" yang direkodkan, lalu dipersembahkan. "Saya mendapati kamu sudah boleh memahami bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan "case history" kerana kamu akan berkongsi maklumat-maklumat pesakit ini kepada doktor-doktor yang lain dalam mengevaluasi keputusan yang lebih berkesan. Namun kamu ada tertinggal "itu" dan "ini", maka pelajarilah untuk bertanya pesakit dalam bentuk satu pakej ke satu pakej." Itulah komen terakhir tutorku berkenaan persembahanku yang telah daku berhempas-pulas membaiki dari hari ke hari selama tiga minggu.

Inilah pengalaman dan pendidikan yang sihat dan terbaik dalam mengetahui apakah kita telah mencapai prestasi yang optimum malah lebih lagi. Peranan kita sebagai pelajar wajib melaksanakan dengan ikhlas dan komitmen yang tinggi; serta pendidik / pengajar / tutor / guru wajib tidak penat lelah untuk memperbetulkan dan memotivasikan anak didik.

Inilah yang aku dambakan ketika aku belajar di sini ketika ini, malah di mana-mana sahaja. Telah aku menikmati dan bersaksi bahawa proses didikan yang mana lebih baik. Aku mencintai suasana itu dan aku berjanji aku akan melakukan seperti itu kepada yang lain.

Wallahu a'lam.

Thursday, March 8, 2012

Joseph Kony dan masa depan kanak-kanak.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.




Dengan apa yang telah berlaku umat islam, selewengan dan berat sebelah berita-berita yang disampaikan melalui media massa, mencemarkan dan menimbulkan masalah salah faham kepada cara hidup islam; akhirnya ramai orang termasuk orang bukan islam memahami dan menyokong kerana isu kemanusiaan.

Sebagai seorang muslim, pada asasnya ajaran itu merangkumi juga kemanusiaan dalam mengisi hak-hak seseoarang menjalani hidup di dunia. Maka, isu-isu kemanusiaan yang berlaku di dunia ini, usahlah tidak ambil tahu malah tidak bersama-sama dalam membantu menentang kemungkaran meskipun muncul dan timbul dalam mereka yang bukan islam. Pada sudut pandang yang lain, kita ini sama berbangsa manusia berasal daripadan satu jiwa iaitu Adam a'laihi salam.

Oleh itu, siapakah Joseph Konny ini? Apa yang telah dia lakukan? Apakah respon dan tindakan kita? Perlulah menonton video tersebut, kerana dijelaskan segala-galanya. Malah, sebagai muslim, sesuatu yang elok itu kita boleh ambil dan cara makruf dan berkesan agar objektif tercapai itu adalah terbaik dari para muslimin untuk berganding sama membantu mereka dalam menentang Joseph Konny.

Wallahu a'lam.

Wednesday, March 7, 2012

Dosa kerana tidak bersungguh menjinakkan nafsu syahwat.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Ketika melakukan dosa,
     rasa sungguh indah,
Ketika melakukan dosa,
     terasa memang salah tapi nak teruskan juga,
Ketika melakukan dosa,
     konon taubat selepas itu dan pasti diterima,
Ketika melakukan dosa,
     tidak terfikir untuk bersungguh-sungguh menghindarinya agar tak diulangi pada masa akan datang.

Selepas melakukan dosa,
     cepat-cepat menyesali dan taubat kepadaNya,
Selepas melakukan dosa,
     terasa pasti aku akan mengalami ketidaktenangan,
Selepas melakukan dosa,
     rasa banyak yang tak kena adakah taubat ku diterima?
Selepas melakukan dosa,
     cuba berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah aku ni main-main?
Itu nafsumu dan syahwatmu!
Adakah benar-benar engkau menundukkannya?
Atau engkau tertunduk kepadanya?

Usah bermain-main!
Jinakkanlah nafsu dan syahwatmu itu!
Engkau tak mampu malah tidak boleh menghilangkannya,
tetapi berkuasa mengawal dan menundukinya,
itu adalah tanda engkau berjihad melawannya.


Tuesday, March 6, 2012

Apakah seorang muslim itu malas untuk survive?

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Aku terbaca satu soalan dan jawapan (question & answer) yang telah di paparkan di dinding muka buku semalam. Ada seorang bertanyakan soalan kepada ustazah tentang apakah hukum dengan menyebut Ooo. M. Giiii (oh my god).

Yang menarik perhatianku, bukanlah terhadap soalan itu, di mana aku sedia maklum, akhir-akhir ini, apabila orang muda mengekspresikan reaksi mereka kepada sesuatu dengan menyebut "o m g", terasa berlainan dan begitu kelas lagi dan juga dengan nada yang tersendiri, ehem. Bahkan, aku hanya nak menumpukan jawapan ustazah itu yang penuh dengan maksud tersirat.

Ustazah tidaklah menjawab dengan menyatakan hukum, adakah ia makruh, haram atau sebagainya; malah, ia menyelesaikan dengan penerangan yang ringkas untuk difikirkan kerana masalah ini boleh diselesaikan tanpa meminta bantuan beliau.

Penulisan ini bukanlah aku hendak menumpukan kepada masalah anak muda atau berleluasanya ikutan-ikutan yang glamorous. Tetapi, aku ingin menumpukan kepada masalah tentang diri manusia yang bergelar muslim ini, lebih spesifik kepada individu muslim; di manakah tahap kemampuan dia utk survive di dunia ini.

Berbalik soalan seorang muslim awal tadi; bukan sahaja PERKATAAN god ini adalah berbahasa inggeris, malah ia boleh dijantinakan (genderize) kepada god (tuhan lelaki) dan goddess (tuhan perempuan). Berbeza dengan tuhan yang disebut di dalam bahasa arab iaitu rabb, tidak dijantinakan dengan adanya tuhan perempuan. Baik, letak tepi untuk maksud perkataan, dalam Quran ada menyebut, mafhumnya, "tidakkah dengan mengingati Allah maka hati menjadi tenang?". Nah, seorang muslim tidakkah kita ini hidup penuh ketuhanan? Bukankah kita sentiasa mencari peluang untuk sentiasa mengingatiNya? Termasuk juga dalam percakapan kita. Jadi, bijakkah kita menyebut penuh kelas dan glamorous yang entah betul ke nak ingat tuhan, atau kita menyebut "ya Allah" atau lebih advance "astaghfirullah" "alhamdulillah" dan lain-lain itu menambahkan fokus dan khusyuknya memperingati tuhan?

Secara jujur, aku berasa risau, kerana soalan seperti ini ditanya kepada yang pakar. Risau dengan adakah seseorang muslim itu tidak dapat memikirkan dan menentukan yang terbaik untuk hidup dan survival dalam perjalanan hidup 'bermusafir' di muka bumi sebelum ke destinasi sebenar kita iaitu akhirat nanti?

Agak parah, bahkan sungguh hairan; kita diberi petunjuk yang nyata dengan mudah lagi segera iaitu Quran tetapi tidak menyedarkan diri bahawa itu adalah guide book-nya. Ironinya apabila pandai mengaku dan membaca kitab itu tetapi tidak faham sepatah pun. Lagi tak best; iaitu langsung tidak tadabbur / menghayati isi kitab itu. Lalu bagaimana nak memastikan diri mampu berdikari menentukan sekurang-kurangnya suatu itu boleh atau tidak dengan panduan yang telah sedia ada dan sebagainya.

Tidak dapat dielakkan, kadang-kadang sesuatu yang sangat besar nilai dan pentingnya memerlukan pandangan dan komentar pakar. Sebagai contoh, "ustaz/ah, apakah hukum saya di Malaysia ini bersenang-lenang dan damai tidak membuat apa-apa untuk saudara-saudara saya di Syria yang ditindas dan bertumpahan darah mempertahankan haq dan keadilan sana?Apakah perlu saya ke sana mengangkat senjata? . ." Ini juga apa yang diajar oleh Allah subhanahu wa taa'la, mafhumnya, "maka bertanyalah kepada ahlinya (yang punyai pengetahuan) jika kamu tidak mengetahui."

Individu muslim itu dibentuk dan dididik agar membentuk seorang yang benar-benar terbuktinya muslim dan benar katanya tatkala mengatakan "aku seorang muslim" ; ternyata bukan sekadar tempelan semata-mata pada kad pengenalan, bahawa beragama islam. Dia dibentuk dengan memenuhi sifat-sifat yang penting (sekurang-kurangnya 10 muwassafat tarbiyah), termasuklah luas pengetahuan dan mampu mengurus kehidupan atau berdikari. Dengan erti kata lain, peribadi itu terbentuk untuk memampukan seorang muslim itu survive sebagai individu pada ASASnya sebelum dia perlu survive kepada hidup berumah tangga, bermasyarakat dan seterusnya.

Ingatlah, manusia sangat variasi dari segala macam : fikrah, pengalaman, kefahaman, pengetahuan dan sebagainya. Suatu hari, tatkala kita bersama-sama, bergaul, mengikuti, berinteraksi, bertembung, mempelajari daripada orang lain; atau keadaan yang tidak mengizinkan kerana tiada sesiapa yang boleh dirujuk; akhirnya, kepada diri sendiri dikembalikan untuk diputuskan ini dan itu; ini juga menentukan survival individu muslim itu agar bersusah-payah dan bersungguh-sungguh berada di atas trek yang betul, benar dan membawa kepada redha dan lurus kembali kepada rabbul jalil.

Wallahu a'lam.

Sunday, March 4, 2012

Pengalaman Mencetus Tanggungjawab Kepada Generasi Akan Datang.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06 : 54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Apabila aku bergaul dengan adik-adik junior ku, terasa sesuatu yang perlu dikongsikan agar mereka tidak seperti aku. Lebih-lebih lagi kami masih di bangku belajar dalam universiti luar negara.

Sering aku bertanya khabar fizikal dan emosi. Berbual-bual mengisahkan kehidupan yang dijalankan dalam waktu aku tidak bersua dengannya. Mengetahui apakah perkembangan dan masalah yang dilaluinya. Membantu menyelesaikan sebarang persoalaan, konflik dan sebagainya. Memberi semangat, tips dan triks dalam mengurus kehidupan agar lebih licin dan terbaik. Membasahi hatinya dengan nasihat dan peringatan.

Terasa aku bertanggung jawab terhadapnya meskipun tidak disuruh dan dipaksa, kerana aku ingin membimbingnya, bukan setakat dia berstatus 'adik' kepadaku, malah merupakan saudaraku sesama aqidah.

Pengalaman mengajarku segala macam rasa pahit, masin dan manis. Aku termasuk dalam kalangan mereka yang penuh dengan pahit dan masin, malah ada juga manisnya disusuli dengan cara tersendiri, malangnya bagi orang lain yang memandang ia tetap adalah pahit.

Apabila kesilapan-kesilapan yang secara jujurnya telah banyak berlaku pada hidupku yang lepas, maka, aku tidak mahu ia diulangi oleh generasi-generasi selepasku.

Inilah yang merupakan tanggung jawab yang terpancar di benak hatiku, bukan dipaksa, malah aku memikirkannya dengan waras dan mendalam. Tanggung jawab ini perlu disemaikan dengan keikhlasan dan penuh dedikasi, demi membentuk dan menyokong generasi selapas kita tidak mengulangi kesilapan dan belajar untuk mempertingkatkan daripada sejarah mereka yang sudah berpengelaman menghadapinya.

Wallahu a'lam.

Saturday, March 3, 2012

Berjuanglah dengan Sabar.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06 : 54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Sedih dan hampanya terhadap diri sendiri.
Sedih dan kecewanya aku terhadap apa yang telah terjadi hasil perbuatanku.
Sedih dan bencinya aku kepada kejahilanku.
Sedih dan marahnya aku kepada mereka yang tidak ikhlas dan remeh dalam mendidik generasi aku.

Sedihnya hati kerana tidak dipandang diriku,
tidak didengar percakapanku,
tidak dilayan panggilanku,
tidak memarahi akan kesilapanku,
tidak ditegur ketika berselisih denganku,
tidak membenci akan dosaku,
tidak menasihati akan kelemahanku,
tidak senang akan kelibatku,

hanya kerana aku tidak berharta,
hanya kerana aku tidak mendatangkan kegembiraan,
hanya kerana aku tidak suka bercakap banyak,
hanya kerana aku lebih gemar mendengar,
hanya kerana aku gemar berkata-kata yang elok-elok,
hanya kerana aku ingin membawa kebaikan kepadanya,

Oh. . .
Hati yang duka lara,
Meskipun demikian,
Sabarlah,
Ku tahu itu adalah kekuatanmu,
Sabarlah,
Ku tahu itu kelebihanmu,
Sabarlah,
Iringkanlah dengan doa-doa kepada Rabb-mu,
Sabarlah,
Sesuatu kepayahan itu akan berakhir,
Sabarlah,
Kesenangan itu akan datang dengan keizinan Tuhan-mu pada bila-bila masa sahaja,
Sabarlah,
Engkau tidak keseorangan,
Sabarlah,
Sesuatu itu datang dan pergi,
Sabarlah,
Yang hanya kekal itu adalah Allah subhanahu wa taa'la.

Oleh itu, bersabarlah,
Teruskanlah dengan jalan yang engkau pilih kerana mengaharap pertemuan Tuhan-mu.

Ukhwah

Hello & Salamun A'laikum - QS 06 : 54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Meskipun ku tahu kedudukanku yang tidak terselah di celah-celah manusia di atas muka bumi, 
Namun kecintaanku kepada saudara-saudaraku itu sangatlah dalam,
Namun engkau tidak tahu malah engkau tak akan tahu,
Namun Allah subhanahu wa taa'la jua yang maha tahu,

Setiap yang aku lakukan atas kecintaanku kepadamu, saudara-saudaraku, kerana Allah,
Tetapi aku pasti engkau tidak akan perasan malah memhami,
Tetapi itu tidak menghilangkan langsung perasaan cintaku kepadamu.

Oleh itu, saudara-saudaraku,
Ketahuilah,
Dengan kata-kataku ini, 
Membolehkan engkau tahu aku mencintaimu :

"Uhibbukumu fillah"