Tuesday, March 6, 2012

Apakah seorang muslim itu malas untuk survive?

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Aku terbaca satu soalan dan jawapan (question & answer) yang telah di paparkan di dinding muka buku semalam. Ada seorang bertanyakan soalan kepada ustazah tentang apakah hukum dengan menyebut Ooo. M. Giiii (oh my god).

Yang menarik perhatianku, bukanlah terhadap soalan itu, di mana aku sedia maklum, akhir-akhir ini, apabila orang muda mengekspresikan reaksi mereka kepada sesuatu dengan menyebut "o m g", terasa berlainan dan begitu kelas lagi dan juga dengan nada yang tersendiri, ehem. Bahkan, aku hanya nak menumpukan jawapan ustazah itu yang penuh dengan maksud tersirat.

Ustazah tidaklah menjawab dengan menyatakan hukum, adakah ia makruh, haram atau sebagainya; malah, ia menyelesaikan dengan penerangan yang ringkas untuk difikirkan kerana masalah ini boleh diselesaikan tanpa meminta bantuan beliau.

Penulisan ini bukanlah aku hendak menumpukan kepada masalah anak muda atau berleluasanya ikutan-ikutan yang glamorous. Tetapi, aku ingin menumpukan kepada masalah tentang diri manusia yang bergelar muslim ini, lebih spesifik kepada individu muslim; di manakah tahap kemampuan dia utk survive di dunia ini.

Berbalik soalan seorang muslim awal tadi; bukan sahaja PERKATAAN god ini adalah berbahasa inggeris, malah ia boleh dijantinakan (genderize) kepada god (tuhan lelaki) dan goddess (tuhan perempuan). Berbeza dengan tuhan yang disebut di dalam bahasa arab iaitu rabb, tidak dijantinakan dengan adanya tuhan perempuan. Baik, letak tepi untuk maksud perkataan, dalam Quran ada menyebut, mafhumnya, "tidakkah dengan mengingati Allah maka hati menjadi tenang?". Nah, seorang muslim tidakkah kita ini hidup penuh ketuhanan? Bukankah kita sentiasa mencari peluang untuk sentiasa mengingatiNya? Termasuk juga dalam percakapan kita. Jadi, bijakkah kita menyebut penuh kelas dan glamorous yang entah betul ke nak ingat tuhan, atau kita menyebut "ya Allah" atau lebih advance "astaghfirullah" "alhamdulillah" dan lain-lain itu menambahkan fokus dan khusyuknya memperingati tuhan?

Secara jujur, aku berasa risau, kerana soalan seperti ini ditanya kepada yang pakar. Risau dengan adakah seseorang muslim itu tidak dapat memikirkan dan menentukan yang terbaik untuk hidup dan survival dalam perjalanan hidup 'bermusafir' di muka bumi sebelum ke destinasi sebenar kita iaitu akhirat nanti?

Agak parah, bahkan sungguh hairan; kita diberi petunjuk yang nyata dengan mudah lagi segera iaitu Quran tetapi tidak menyedarkan diri bahawa itu adalah guide book-nya. Ironinya apabila pandai mengaku dan membaca kitab itu tetapi tidak faham sepatah pun. Lagi tak best; iaitu langsung tidak tadabbur / menghayati isi kitab itu. Lalu bagaimana nak memastikan diri mampu berdikari menentukan sekurang-kurangnya suatu itu boleh atau tidak dengan panduan yang telah sedia ada dan sebagainya.

Tidak dapat dielakkan, kadang-kadang sesuatu yang sangat besar nilai dan pentingnya memerlukan pandangan dan komentar pakar. Sebagai contoh, "ustaz/ah, apakah hukum saya di Malaysia ini bersenang-lenang dan damai tidak membuat apa-apa untuk saudara-saudara saya di Syria yang ditindas dan bertumpahan darah mempertahankan haq dan keadilan sana?Apakah perlu saya ke sana mengangkat senjata? . ." Ini juga apa yang diajar oleh Allah subhanahu wa taa'la, mafhumnya, "maka bertanyalah kepada ahlinya (yang punyai pengetahuan) jika kamu tidak mengetahui."

Individu muslim itu dibentuk dan dididik agar membentuk seorang yang benar-benar terbuktinya muslim dan benar katanya tatkala mengatakan "aku seorang muslim" ; ternyata bukan sekadar tempelan semata-mata pada kad pengenalan, bahawa beragama islam. Dia dibentuk dengan memenuhi sifat-sifat yang penting (sekurang-kurangnya 10 muwassafat tarbiyah), termasuklah luas pengetahuan dan mampu mengurus kehidupan atau berdikari. Dengan erti kata lain, peribadi itu terbentuk untuk memampukan seorang muslim itu survive sebagai individu pada ASASnya sebelum dia perlu survive kepada hidup berumah tangga, bermasyarakat dan seterusnya.

Ingatlah, manusia sangat variasi dari segala macam : fikrah, pengalaman, kefahaman, pengetahuan dan sebagainya. Suatu hari, tatkala kita bersama-sama, bergaul, mengikuti, berinteraksi, bertembung, mempelajari daripada orang lain; atau keadaan yang tidak mengizinkan kerana tiada sesiapa yang boleh dirujuk; akhirnya, kepada diri sendiri dikembalikan untuk diputuskan ini dan itu; ini juga menentukan survival individu muslim itu agar bersusah-payah dan bersungguh-sungguh berada di atas trek yang betul, benar dan membawa kepada redha dan lurus kembali kepada rabbul jalil.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment