Sunday, March 18, 2012

Hidup dengan laptop.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Lihat kembali tarikh aku mendapatkan laptop baru, iaitu lapan Februari; setelah hampir lebih sebulan mentarbiyah diri akibat kerosakan pada laptop lamaku.

Apabila dikira-kira sehingga ke tarikh hari ini, lapan belas Mac; sudah sebulan dan sepuluh hari menjalani kehidupan menggunakan laptop yang baru.

Wajib untuk daku merefleksi diri, mendalami dan bermuhasabah, apakah benar aku menggunakan ia untuk kemanfaatan atau menzalimi diri aku?

Segala puji bagi Allah subhanahu wa taa'la, banyak juga aku menggunakan untuk tujuan kebaikan. Tetapi, hatiku sakit kerana nafsu dan godaan syaitan itu sering mencenderungkan aku melakukan perkara yang tidak berfaedah dan maksiat kepada Allah subhanahu wa taa'la. Aku mohon keampunan daripadaNya!

Ya, aku menulis di sini, menjadi satu amaran kepada diri sendiri dan memberi pengajaran kepada sesiapa yang menginginkannya.

Kecewa dengan diri sendiri kerana meletakkan hijab kepada potensi kebaikan setelah men "switch on" kan laptop. Sebelum itu, ada sahaja yang difikirkan untuk melakukan ini dan itu demi reda Allah subhanahu wa taa'la. Namun, menjadi kesalahan diri sendiri kerana merelakan kehendakan dan kecenderungan meng "access" ke laman-laman, sesawang-sesawang yang tidak bermanfaat, mendatangkan kehiburan sementara; paling kritikal membuatkan aku lupa akan pengawasan Allah subhanahu wa taa'la, lalu perbuatan itu mendatangkan dosa. Aku bermohon keampunan daripadaNya.

Beringatlah, meskipun ia ada dan banyak manfaatnya, namun sikap berhati-hati dan beringat kepada terjatuhnya ke lembah kemungkaran dan dosa, yang berpotensi datang daripada ia.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment