Friday, July 27, 2012

Terpaku di tepi jendela, memandang jauh ke arah langit. Tangan kanan diletakkan ke atas dada, lalu ku bermonolog dalaman bertanyakan kabar sihat kepada hati. Mata mula menakungkan air namun tidak jatuh tertitik ke sang pipi. Akal pula mula berfikir barangkali apa yang tidak kena dengan sang hati yang sedang berduka.

Apakah Ramadan dihidupkan dengan sunnah Baginda ﷺ ? Ya, sang hati sentiasa lurus kepada ajarannya, tubuh anggota sedaya upaya melaksanakan syariat yang wajib dan sunat. Tetapi, mengapa kepala perlu pening dengan lara sang hati? Ada yang terkurang dalam amal kah?

Sang hati mula bermadah, berbicara dengan caranya sendiri bagi menerangkan apa yang menjadikannya runsing malah kesunyian. Apakah tiada cinta untuk sang hati? Keperitan sang hati bak kekeringan untuk dibasahkan, hati kehausan untuk diberikan minuman, hati kelaparan untuk menjamah makanan.

Sudah sekian lama tidak berukhwah, berkongsi fikrah dan saling sayan-menyayangi. Tidak lengkap hati bercinta dengan sang Pencipta tetapi tidak dengan makhluknya. Kapan sahaja kita bertemu untuk kita saling berbasahan antara satu sama lain?

-ukhuwah fillah-

p.s bukan utk 'couple'.

No comments:

Post a Comment