Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Artikel "Ujian Lisan" dalam pemerhatian dan pendapatku, aku luahkan di sini : [KLIK]
Secara jujurnya, bermacam-macam ragam dan pengalaman aku menempuhi ujian lisan dalam pelbagai subjek di fakulti perubatan universitiku. Ada yang mudah, ada yang payah.
Namun, perasaan dan pengalaman sedang di uji juga ada yang tidak dapat dilupakan. Kesimpulan kepada pentingnya peranan pemeriksa dan pelajar dalam menilai kefahaman dapat aku simpulkan pada peperiksaan negeri (state exam) sebelum aku diisytiharkan dan dibenarkan graduasi daripada universiti.
Dalam ujian lisan ini, setiap pelajar akan diuji dengan menyelesaikan kes, dimana lebih menekankan kepada subjek Internal Medicine, Surgery dan Obstetric & Gynaecology. Maka, seorang pelajar sekali gus akan diperiksa dan diuji sesungguh-sungguhnya oleh tiga orang pemeriksa bertaraf Professor dan Associated Professor di satu meja.
Hanya persediaan yang secukupnya dalam pengetahuan dan emosi mampu menghadapi situasi tegang dan tekanan sepanjang proses ujian itu. Aku tidak terlepas dengan situasi ini, tambahan kepada ketegangan keadaan adalah, dua orang pemeriksaku adalah guruku iaitu Assoc.Prof. Timohina (Obs & Gynae) dan Assoc.Prof. Osmanov (Surgery).
Aku dimulai dengan diuji oleh Timohina. Seperti yang aku pernah gambarkan serta memuji dia di artikel sebelum ini [KLIK], ternyata, segala pembentangan jawapan, serta menjawab soalan-soalan tambahan didengari dan dibincangi, akhirnya berakhir dengan kami berpuas hati dengan selama ini kami perbincangkan dan fahami meskipun dalam seminar beliau.
Tiba masanya untuk diuji dalam Surgery pula. Agak mengecewakan, kerana aku kenal dengan perangai guru surgery ku ini, maka sikapnya dalam seminar itu dilanjutkan ke dalam peperiksaan, seolah-olah bersifat berkepentingan peribadi. Aku hanya dibenarkan menjawab diagnosis dan 'treatment'. Tetapi, tidak mahu didengari cadangan-cadanganku serta bagaimana aku boleh mengakhiri dengan diagnosis itu, langsung tidak mahu didengari. Akhirnya, aku kecewa, kerana tidak ilmiah sungguh penghabisanku dalam menyelesaikan kes.
Bertambah-tambah kecewa lagi, apabila pemeriksa dalam Internal Medicine juga mengambil sikap acuh tak acuh, barangkali keletihan, menyebabkan aku mengeluarkan tiga empat perkataan sahaja, kemudian selesai.
Nah, beginilah yang aku hadapi, namun ia hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi pengalaman yang bermakna lagi, alhamdulillah, dapat daku ambil sebagai manfaat.
Allahu Taa'la A'lam.
No comments:
Post a Comment