Sunday, June 10, 2012

Meskipun bergelar doktor, ilmu tetap juga ditimba tanpa henti.

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, atas kuasaNya mempermudahkan urusan hambaNya ini dalam menghadapi kehidupan. Aku tahu akan pertolonganNya dicampur peringatanNya sekaligus membuatkan daku tersentap, bercampur-baur perasaan gembira, kecewa dan frustrated, lantas aku berfikir panjang untuk sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa, tiada masa untuk memanjang-manjangkan suka-ria ku.

Ya, pada pagi hari Sabtu bersamaan 09.06.2012, aku telah menduduki peperiksaan penting dan penutup kepada pembelajaranku di First Moscow State Medical University named after I.M Sechenov, di Persekutuan Russia. Uniknya peperiksaan di Russia ini, kita pasti akan mendapatkan keputusan selepas peperiksaan, sama ada berjaya atau gagal. Alhamdulillah, aku berjaya.

Syukur atas kurniaan dan nikmat dariNya, telah tamatlah gelaran pelajar perubatan pada diriku, maka 'title' doktor (Dr) itu boleh disisipkan pada namaku iaitu Dr Mohamad Raimi bin Radin. Gembira tetap gembira.

Namun, ini bukan tandanya kepada sesuatu yang gembira selama-lamanya, malah satu permulaan kepada sesuatu yang baru. Malah, pentingnya ketika ini adalah kerana telah jatuh beban ke atas bahuku sebagai doktor yang perlu dilakukan bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk masyarakat atau sasaran skala yang lebih besar.

Satu peringatan juga hari ini adalah, bukannya bermakna kita perlu menamatkan diri dalam membaca buku dan membuat kajian. Sesungguhnya ia adalah berterusan. Teringat aku kepada kata-kata seorang psychatrist terkenal Russia dan dunia iaitu Sergei Sergeivich Korsakov (Сергей Сергеевич Корсаков) :

"врач некогда не может сказать " я знаю довольно " -врачу всегда нужно учится"
Maksud : "A doctor once can not say "I know enough", the doctor should always be learning."

Begitu juga dengan kata-kata seorang doktor dan academician terkenal Russia iaitu Yevgeny Mikhailovich Tareev (Евге́ний Миха́йлович Таре́ев), mafhumnya : "Interaksi antara doktor dan pesakit haruslah 'Doktor - Buku - Pesakit - Buku' dalam mempraktikkan perubatan."

Inilah penekanan yang ingin aku tujukan kepada graduasi-graduasi perubatan, terutamanya peringatan ini kepadaku. Insha Allah, sungguh benar apa yang diperkatakan oleh dua orang hebat di atas. Maka, tiada gunanya untuk kita menyombong diri serta berbangga-bangga dengan ilmu sendiri. Semakin kita belajar, kita akan perasan yang semakin banyak sebenarnya kita tidak tahu. Sungguh, ilmu Allah subhanahu wa taa'la itu maha luas.

Allahu taa'la a'lam.


No comments:

Post a Comment