Hello & Salamun A'laikum - QS 06 : 54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Bermula hari ini, aku keseorangan di bilik tanpa 2 orang teman bilik kerana mereka bercuti melancong ke eropah. Aku yakin, mereka melancong bukan sekadar keseronokan, malah menjadi tujuan ibadah dalam mencari penghayatan kepada kehidupan di dunia orang lain yang punyai pelbagai sejarah, lagi2x di Istanbul, Turki (mereka ke sana :]).
Sudah hampir sebulan hidup tanpa laptop, banyak perkara yang di muhasabahkan. Malah membantu membina diri dalam situasi yang tidak diduga ini. Alhamdulillah, sahabatku meninggalkan laptop-nya membolehkan aku meminjam sekurang2x-nya selama seminggu tatkala dia di negara lain.
Situasi yang kesunyian ini memang tidaklah menyeronokkan. Malah tidak ada langsung perasaan untuk melompat kerana terlalu gembira kerana mendapat peluang bersendirian (privacy). Sama sekali tidak. Tambahan, tempoh waktu yang lengang ini menjadi cabaran & bertambah kuat godaan syaitan & kecenderungan syahwat kepada tahap 'amarah'. Astaghfirullahal a'zim.
Namun begitu, secara fitrahnya, memang itu lah yang semestinya berlaku. Tetapi, aku seorang insan, manusia yang diciptakanNya dengan mulia. Sudah termaktub ajaranNya bahawa kecenderungan manusia kepada 2 jalan : kejahatan & ketaqwaan. Maka, berjayalah insan itu apabila menyucikan dirinya kerana memilih kepada ketaqwaan (dalam surah asy-Syams).
Lalu, aku mewajibkan diri untuk mencipta peluang kepada jalan yang aku pilih terutama dalam tempoh waktu yang senggang ini, iaitu : "Self-Empowerment Week", insha Allah.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment