Tuesday, February 7, 2012

Kata-kata : "Cukuplah Allah Untuk Ku"

Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Aku perasan sejak sekian lamanya, kawan2x Fb yg perempuan termasuk adik perempuanku, sering saja menggunakan statement "cukuplah Allah untuk ku" atau yg seumpama maksudnya. Mcm trend pun ada.

Aku tidaklah menyelidik apa yg sebenarnya mereka ingin luahkan di wall Fb, tetapi sangatlah pening & hairan apabila traffic di wall Fb ku suatu ketika berbaris-baris & berbondong-bondong luahan statement tersebut. Astgahfirullahal a'zim. Sehingga menyebabkan aku bertanya apa masalah & sbg-nya.

Biarlah aku menuliskan pandanganku, namun anda sahaja yg menilainya.
Ini semua berkaitan dgn pasangan hidup, sama ada masih mencari2x, atau sudah clash, atau unrequited love, atau sdg bergaduh dgn pasangan dan sbg-nya. [note : pasangan yg dimaksudkan di sini, yg belum di akad nikah lagi, harap fahm :) ]

Janganlah begitu sekali, sangat obvious di dinding Fb itu. Apatah lagi di laman sosial yg sejak dari dulu kawan2x membaca kisah hidup yg sentiasa diluahkan di dinding Fb itu. Astaghfirullah. Apa yg obvious nya? Obvious dahulu bukan main mcm2x cerita cinta, penuh keduniaan, apabila dlm situasi alone, mula la hendak mengaitkan Tuhan sbg penenag hati sanubari yg sendirian & marah itu.

Maaf, mungkin sejarah silam itu menjadikan turning point kepada kembalinya kepada Tuhan, namun sekali lagi, sgt obvious bahawa statement yg digunakan itu juga bertujuan keduniaan. Hanya menitik beratkan kpd nak mencari pasangan semata2x.

Nah! Mungkin kita kena melihatkan kembali apa yg telah kita lakukan! Muhasabah apa yg telah kita taipkan di dinding Fb itu. Apa yg telah kita bincangkan di laman sosial terutamanya. Apabila menyatakan cinta kpd Tuhan itu, cinta itu mestilah meliputi kepada sesuatu yg berbentuk keseluruhannya. Bukan dari segi pasangan hidup sahaja, malah TUJUAN HIDUP, amal soleh, kebaikan yg dilakukan, benda2x buruk yg kita tinggalkan / cegah dari terlaksana, memperbaiki diri, mendalami ilmu & sbg-nya, NYATAKANlah & BUKTIKANlah dgn statement : "Semua itu Cukuplah Untuk Allah". Moga2x itu menjadikan kehidupan kita yg bermatlamatkan Tuhan serta menyinarkan keikhlasan dlm hati, perkataan & tingkah laku kita.

Untuk perkongsian, ada seorang hamba Allah yg bernama Cik Beah Osem, dia juga membuat perkongsian cerita beliau ttg kisah 'cinta' yg biasa dialami oleh kita semua. Semoga mengambil manfaatnya :



Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment