Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
3 hari yg lepas, aku terhiris salah satu ibu jari-ku ketika memotong kentang utk disediakan memasak lauk. Aduh! Sgt pedih & sakit rasanya, malah darah tidak habis2x menitis yg agak byk (i.e luka yg agak dlm).
Meskipun ibu jari sahaja yg terluka, tetapi 4 jari yg lain masih sihat belaka, maka, aku dgn selamba memikirkan "ala. . takpa, jari lain masih ada".
Tetapi selama 2 hari aku membalutkan ia dgn plaster, dan kesakitan masih terasa tatkala menggunakannya, aku dpt 2 hari itu sgt menyusahkan kerana ternyata ibu jari ku itu sgt diperlukan tetapi tidak difungsikan sepenuhnya. Astaghfirullahal a'zim, inilah sikap buruk ku! Perkara yg sekecil ini, terkandung sgt besar pengajaran.
Ternyata, fungsi jari2x itu terasa sempurna apabila kelima-limanya dpt digunakan. Tatkala, satu sahaja yg tidak berfungsi, maka terasa lain & susahnya utk melakukan sesuatu dgn rasa yg selesa. Inilah membuatkan aku perlu sedar hakikat syukur itu. Betapa kita melihat org2x yg kurg sempurna dgn sangat kerap; Ya! Kita berasa kasihan, tetapi, rasakah kita apa yg mereka rasa? Lalu, kesempurnaan yg ada pd kita adakah kita syukuri? Maka gunakanlah dgn seoptimum utk sesuatu yg bermanfaat.
Ahah. . Begitulah keadaannya, apabila sudah sebulan lebih apabila ketiadaan laptop-ku. Bukanlah aku tidak dpt hidup tanpa laptop. Tetapi ia telah menjadi satu 'hajat' kpd diri, dimana ketiadaannya tidak mencantikkan sesuatu dlm kehidupanku. Ini kerana, banyak kerja2x dakwah & tarbiyyah ku beberapa tahun ini disalurkan menerusi laptop.
Tetapi, alhamdulillah, syukur kpd Allah subhanahu wa taa'la, aku dapat meneruskan hidup bersama2x laptop yg baru. Insha Allah, moga2x ia digunakan utk menyinarkan lagi D & T ku ini. Ameen.
Wallahu a'lam.
p.s Hidup Tanpa Laptop berakhir di sini.
No comments:
Post a Comment