In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
2 hari yg lepas, tiba2x dtg kesedaran pd diri-ku setelah aku berfikir panjang tentang laptop lama-ku & pada petang tu, aku ada terserempak dgn seorang sahabat lalu memperkatakan sesuatu yg melibatkan kewangan, & pada hari itu juga, kalau tidak silap, aku telah memindahkan sebahagian wang-ku dr akaun Maybank kpd seorang sahabat di Malaysia kerana aku berkirim drpd-nya utk membelikan laptop baru.
Laptop acer ASPIRE 5920G yg telah dibeli 4 tahun lepas dgn harga RM >3K.
Mahalnye. . .konon canggihlah tu. .
Sebab apa beli? Sebab sebelum ni aku tak pernah mendapatkan sesuatu, nak main game pun pergi CC, kumpul duit sendiri atau kawan belanja. .
Bila dpt biasiswa, bukan main suka aku waktu tu, beli laptop nak mahal, nak main game kena pakai graphic card yg 'power'. . .tetapi hari ini aku merasakan 'hampeh' je. .
Hari ini, aku sudah mula mengurus kewanganku dgn begitu cerewet dlm berbelanja, aku menggunakan utk sesuatu yg menjadi keperluan paling utama. Sayangnya. . rupa2x-nya apa yg perlu itu sudah tentu mengguna wang yg agak banyak. . .lalu aku teringat laptop lama aku yg mahal & gaya hidup aku yg boros pd ketika dahulu, membuatkan aku menyampah sungguh dgn perangai itu.
Astaghfirullahal a'zim.
Itulah diri aku yg remaja kononnya nak labelkan diri ketika itu. Hendak memuaskan keinginan yg sebelum ini terkongkong atau tidak tertunai. Tambah2x lagi duit itu bukan biaya kedua ibu bapa. Astaghfirullahal a'zim.
Selepas bertekad utk menyuburkan Dakwah & Tarbiyah dlm hidup, aku sedar kedudukanku, cara aku memandu diriku, tanggung jawabku, dan contoh tauladanku kepada keluargaku kerana aku anak yg sulung.
Paling kecewa hatiku adalah apabila kesan2x jahilliyah dahulu berbentuk kebendaan masih tertenggek di dalam bilik-ku (di Malaysia). Semua barangan hasil boros berbelanja aku ada di situ.
Ini memberi kesan yg tidak effektif apabila menasihati adik2x-ku utk mengurus diri dari aspek kewangan dgn menjadikan islam sbg cara hidup. Lalu terucap pd mulut adik bongsu-ku, "tu. . abang boleh. . . ", dia menudingkan jari menunjuk barangan jahilliyah-ku, walhal adik ku itu dibimbangi kerana sudah berjinak2x utk seperti aku yg jahilliyah dahulu.
Oh. . betapa tidak berkesannya nasihatku. Lantas, aku bertekad utk membuang sahaja barang2x jehanam itu. Aku sudah tidak kisah dgn barang2x yg mahal2x, berambus-lah semua barangan2x jenama & lain2x yg di-agung2x-kan penyembah wang & kad kredit. Aku sudah tidak pedulikan 'engkau' lagi.
Aku merasakan ketenangan lahir dlm hati-ku apabila hidup dengan bersederhana. Kemas & bersih. Kesihatan diri dijaga. Kurang berboros. Mesti meng-optimum-kan penggunaan barangan yg dibeli. Keperluan lebih prioriti berbanding kehendak. Tidak melebihkan secara melampau 'kehendak' daripada 'keperluan'. Ini semua membuatkan aku MERDEKA dari kegelisahan & bertungkus lumus kepada harta yg tidak menghasilkan manfaat kpd aku di akhirat. Syukur alhamdulillah kpd panduan-Mu, Tuhan sekalian alam, i.e Quran.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment