Tuesday, January 10, 2012

#1 Hidup Tanpa Laptop.

Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Lebih kurang 2 minggu sudah, hidup tanpa menggunakan laptop sendiri kerana rosak :)

Kalau dulu2x, tahun2x yg lepas, pernah lebih dari sekali laptop-ku buat hal. Keadaan aku ketika itu membuatkan rasa penuh gelisah dan ingin saja mencurah2x-kan air mata kerana rasa kecewa dan kehilangan semua benda2x yg terkandung dlm laptop. "Terasa macam tanpa laptop, kehidupan-ku tidak sempurna."

Tetapi hari ini, apabila dikenangkan perangai buruk aku tu, aku hanya mampu ketawa dan ber-istighfar memohon keampunan drpd Tuhan-ku.

Sangat2x berbeza tatkala laptop buruk-ku ini rosak sejak 2 minggu yg lalu. Dgn serta merta aku berasa seperti tidak kisah langsung, tenang dan aku hanya mampu mengucapkan : "Innalillahi wa inna ilahi rajiu'n" lantas berdoa : "Allahummajurni fi musibati, wa aflihli khairon minha";

Dan aku juga menyebut : "Alhamdulillah", kerana aku sangat2x bersyukur kpd ilahi kerana memberikan ujian dan merosakkan sebahagian hidup-ku itu i.e laptop, kerana sejak Summer Holiday 2011 lagi, aku sudah bertekat sungguh2x utk berubah yg sgt optimum serta melibatkan diri dlm Dakwah dan Tarbiyah(DT) bersungguh2x.

Ahah!!! Kenapa Laptop??
Semua org tak tahu apa yg telah aku guna dgn laptop aku tu. .Alhamdulillah, tiada rahsia keaibanku bocor, kerana Tuhan telah menutupi lebih dari 4 tahun, dan aku bersyukur sekali lagi, dan kali ini merupakan peluang kehidupan yg baru yg diberi oleh Tuhan-ku :)

Cis!! Laptop lama ku!!
Aku tahu semua dosa dan kelalaian-ku berpunca dgn nafsu syahwat-ku! Aku tahu aku telah meredhakan diriku dihasut dek syaitan musuh ketat-ku! Tetapi, laptop itu-lah yg menjadi medium yg membentuk aku menjadi insan yg selalu 'ingin jatuh ke dlm kesilapan dan dosa', sehinggakan tatkala aku melihat laptop itu, ditambah dgn internet yg laju & paling menyeronokkan room mate yg tiada di dalam bilik, lalu aku telah menyetankan diri aku dgn sepuas-puasnya.

Nah! Inilah aku yg dulu ketika laptop menjadi teman akrab tetapi menjehanamkan aku.
Astaghfirullahal a'zim.

Syukur kpd Tuhan kerana laptop-ku rosak. Selamat tinggal Jahilliyah yg telah terbina bertahun2x lamanya. Terima kasih kepada laptop-ku kerana rosak. Ha5x !

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment