Hello & Salamun A'laikum - QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Raimi : "Penat!"
Syafiq : "Amboi, letih nampaknya! Buat apa dari pagi sampai ke malam letih sangat?"
Raimi : "Eh!" aku bermonolog dalaman *Aku keluar makan di gerai depan, kemudian pulang menghadap laptop, internet. Ya tak ya. Dengan internet sahaja.* "Astaghfirullahal a'zim"
Syafiq : "Amboi, amboi, apa sudah jadi pula ni?"
Raimi : "Tak ku sangka menghabiskan masa di hadapan laptop dan melayari internet hampir satu hari adalah kesibukan aku yang mendatangkan keletihan."
Syafiq : "Astaghfirullahal a'zim, itu bukan sibuk namanya, itu membuang masa. Ingatlah wahai sahabat! Sebelum menularnya kebiasaan membuang masa kepada yang sia-sia ini, berjaga-jagalah! Kelak perbuatan yang sia-sia, harganya dibayar dengan kerugian usia engkau sahaja."
Raimi : "Betul, Hassan!. Bahkan perbuatan aku itu aku dapati langsung tiada unsur ibadah kepada Allah. Aku melayari internet semata-mata untuk ke ruangan sosial Facebook, menonton apa-apa yang aku terlintas dan berminat di YouTube, membaca komik-komik dan menonton anime secara online yang tidak henti-henti. Jikalau hendak dikirakan, memang terlalu banyak yang lagha semata-mata."
Syafiq : "Nah, terimalah nasihatku! Usahlah terlalu asyik dengan perkara yang sia-sia. Itu sebahagian daripada jahiliyah. Tidak menguntungkan apa-apa pun. Usah ditunggu lagi, nanti apabila dibiarkan tanpa tindakan berubah, mulalah nafsu memakan hati dan fikiran, lalu jasad menurutinya, akhirnya kembali ke taku yang lama."
Raimi : "Tetapi, Hassan. . . aku risau. Tatkala aku menghadap laptop sahaja, pasti aku akan melayari internet. Bantu aku, sahabatku!"
Syafiq : "Ya, benar. Setakat azam yang tinggi itu tidak cukup. Malah ia mesti di sinergikan bersama dengan hati, minda dan fizikalmu, Raimi. Hatimu mesti dibersihkan dengan mengikhlaskan sungguh-sungguh untuk melaksanakan perubahan. Mindamu mestilah diisi dengan sesuatu yang menjanakan kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Fizikalmu mesti disibukkan dengan aktiviti yang menjauhkan daripada jahiliyah. Maka untuk laptopmu itu, biarkan aku sahaja yang menyimpannya, jika ada keperluan, engkau nyatakan alasan yang bernas kepadaku untuk mengambil dan menggunnakannya. Kemudian sesudah itu, pulang kembali kepadaku. Bagaimana pandanganmu?"
Raimi : "Wah! Aku setuju! Ini bukan sahaja menyelesaikan masalahku membuang masa dengan laptopku, malah mendidik hati, minda dan fizikalku daripada menjauhi jahiliyah."
Syafiq : "Benar,Raimi! Aku tetap akan membantumu, malah ini menjadikan satu peringatan kepadaku juga dalam mendidik diriku ini. Bak kata orang putih 'kill two birds with one stone' hahahaha".
Raimi : "Hahahaha, ya! Moga-moga usaha kita ini akan menjanakan keberhasilannya nanti".
Syafiq : "Insha Allah. Malah engkau jangan berharap, ia akan berhasil dalam masa seminggu atau dua minggu! Barangkali sebulan atau memakan bertahun-tahun baru engkau boleh menjinakkan nafsumu, dapat membiasakan diri menjauhkan jahiliyah, malah engkau sangat sensitif jika ada saja jahiliyah cuba hampiri atau terpercik kepadamu!"
Raimi : "Masha Allah! Aku akui! Bukanlah mudah untuk mencapai hasil yang memuaskan itu! Malah sepanjang proses itu, pasti aku diuji dengan pelbagai dugaan dan kepayahan. Ketika itulah Allah menguji keikhlasanku adakah benar aku ini ingin berubah. Aku mohon kepadaNya perlindungan dan ketabahan hati, kecekalan dalam usahaku ini".
Syafiq : "Ameen. Insha Allah, Raimi. Namun, jangan kau lupa, aku ada di sisimu dan akan bersamamu."
Raimi : "Jazakumullahu khairan kathira, akhi!"
Syafiq : "Wa iyyakum".
No comments:
Post a Comment